Penguasaan ekonomi merangkumi pengawalan sektor ekonomi dalam pelbagai aspek seperti pemilikan syarikat dan pengagihan sumber. Dominasi politik juga boleh mempengaruhi penguasaan ekonomi.
1. Meningkatkan kapasiti perusahaan Bumiputera bagi tujuan eksplorasi, pengeluaran dan penggunaan sumber asli bernilai tinggi secara lestari
2. Meningkatkan penyertaan Bumiputera dalam industri kandungan kreatif
3. Meningkatkan penyertaan Bumiputera dalam pembangunan teknologi termaju berkaitan bidang keterjaminan kesihatan
4. Meningkatkan penglibatan syarikat Bumiputera dalam pengeluaran vaksin dan produk biologikal manusia yang halal dan beretika
5. Meningkatkan penyertaan dalam perkhidmatan berkaitan perlindungan dan keselamatan data serta pencegahan jenayah siber
6. Merekayasa ekonomi luar bandar melalui perluasan akses kepada pembiayaan alternatif dan penglibatan di dalam Industri HGHV terutamanya peralihan tenaga dan pertanian pintar serta penanaman herba bernilai tinggi
7. Mengkaji peluang penyertaan Bumiputera dalam sistem perdagangan karbon di peringkat ASEAN menjelang tahun 2030 melalui insentif cukai karbon yang akan diperkenalkan
8. Memperkasa penglibatan syarikat Bumiputera dalam rantaian bekalan melalui perkongsian pintar dalam kalangan syarikat Bumiputera serta dengan syarikat bukan Bumiputera atau syarikat global
9. Meningkatkan penyertaan syarikat Bumiputera dalam industri biojisim melalui kerjasama awam-swasta
10. Memperluas penyertaan Bumiputera dalam perladangan hutan dan industri perkayuan
11. Meningkatkan penglibatan Bumiputera dalam inisiatif berkaitan keterjaminan makanan termasuk dalam industri penternakan
12. Memperkasakan hab logistik untuk meningkatkan infrastruktur dan agensi pemasaran/ pengedaran sedia ada di luar bandar
13. Memperluaskan Inisiatif Malaysia Digital ke luar bandar dan negeri kurang membangun bagi membolehkan Bumiputera mendapat manfaat daripada pelaburan baharu berkaitan teknologi dan pendigitalan
14. Meningkatkan saiz dana bagi memudah cara akses kepada pembiayaan di bawah modal teroka (venture capital) dan syarikat pemula Bumiputera
15. Menggalakkan penggunaan teknologi dan pengeluaran produk hijau oleh syarikat Bumiputera melalui pembiayaan dan penyediaan insentif bersesuaian
16. Meningkatkan penglibatan syarikat Bumiputera dalam mencipta serta membangunkan teknologi robotik, AI dan sistem automasi
PEMACU 2 | Peningkatan Daya Saing dan Penskalaan
Peningkatan daya saing adalah keupayaan perusahaan Bumiputera untuk bersaing dengan lebih baik dalam kalangan Bumiputera dan bukan Bumiputera dalam pasaran tempatan dan antarabangsa. Penskalaan adalah proses meningkatkan kapasiti dan keupayaan perusahaan Bumiputera melalui pertambahan saiz modal serta jumlah tenaga kerja untuk meningkatkan pengeluaran, daya saing dan produktiviti.
1. Mewujudkan generasi baharu usahawan Bumiputera dengan melaksanakan carve-out dana sedia ada GLC dan GLIC bagi program pembangunan usahawan baharu
2. Memperkenalkan insentif cukai bagi menggiatkan aktiviti R&D&C&I dalam kalangan PKS
3. Memperkenalkan inisiatif dan program keusahawanan yang berupaya meningkatkan skala dan mencipta nilai perusahaan Bumiputera
4. Menambah baik pangkalan data usahawan Bumiputera bagi meningkatkan keberkesanan penyasaran dan pemantauan program pembangunan usahawan Bumiputera
5. Mensyaratkan pembelian barangan tempatan terutama produk Bumiputera dalam pemberian bantuan dan program rasmi kerajaan
6. Melaksanakan Program Transformasi Perniagaan Halal melalui penyediaan dana pembiayaan khusus, fasiliti perindustrian dan memudahcara proses pensijilan halal bagi meningkatkan penyertaan Bumiputera dalam industri halal
7. Mewujudkan tabung geran padanan pembangunan vendor swasta bagi penyediaan program latihan dan peningkatan kemahiran dalam bidang baharu
8. Memperluaskan kemudahan akses pembiayaan kewangan kepada perusahaan Bumiputera termasuk penyediaan dana kredit mikro
9. Mewajibkan latihan keusahawanan dan pendaftaran perniagaan sebagai prasyarat penerimaan pembiayaan dan pemudahcaraan
10. Menggalakkan Bumiputera memanfaatkan platform digital dan teknologi kewangan (fintech) melalui penyediaan program bersasar
11. Memperluaskan program bagi meningkatkan kualiti produk dan perkhidmatan serta memenuhi piawaian untuk menembusi pasaran global
12. Mewujudkan garis panduan khusus berkaitan dasar pemisah bagi semua program Kerajaan, GLC dan GLIC untuk menggalakkan syarikat Bumiputera lebih berdaya saing dan berdaya tahan
13. Mengkaji mekanisme untuk meningkatkan keupayaan Bumiputera dalam penguasaan sektor korporat termasuk melalui kaedah usaha sama, konsortium serta penggabungan dan pengambilalihan
14. Mewujudkan jawatankuasa khas untuk meningkatkan daya saing syarikat Bumiputera susulan daripada ratifikasi FTA, termasuk CPTPP, RCEP, Rundingan FTA Malaysia-EU (MEUFTA) dan Perjanjian Perkongsian Ekonomi Malaysia-EFTA (MEEPA)
15. Menetapkan kuota kemasukan produk usahawan Bumiputera ke dalam sektor peruncitan seperti pasaraya besar (hypermarket), pasaraya mini atau pasar raya sebagai sebahagian daripada syarat perlesenan
16. Membudaya dan menggalakkan keusahawanan sebagai kerjaya dengan menyediakan sokongan mentor dan coaching termasuk kepada pesara, graduan dan bekas banduan
17. Meningkatkan program kesedaran dan latihan penggunaan teknologi dan pendigitalan
18. Mempelbagaikan bantuan/ insentif selain dalam bentuk geran, termasuk melalui pembiayaan ekuiti dan pinjaman
19. Memperluaskan pelaksanaan dasar carve out and compete berasaskan meritokrasi dalam projek mega kerajaan, GLC dan swasta
20. Memantapkan peranan PKEN dan agensi di bawah kerajaan negeri sebagai peneraju dalam pelaksanaan agenda pemerkasaan Bumiputera
PEMACU 3 | Pembangunan Bakat dan Pemerkasaan Ekosistem Pendidikan
Pembangunan bakat melibatkan proses memupuk dan meningkatkan kemahiran, kebolehan dan potensi untuk mencapai perkembangan individu dan profesionalisme.
Pemerkasaan ekosistem pendidikan memberi penekanan kepada usaha untuk meningkatkan kualiti dan akses kepada pendidikan bagi semua lapisan masyarakat. Ini termasuk pembangunan infrastruktur pendidikan dan tenaga pengajar, pembangunan kurikulum yang bersesuaian dan penyediaan bantuan kewangan kepada kumpulan sasar yang memerlukan. Ekosistem pendidikan bermula daripada peringkat prasekolah sehingga ke pengajian tinggi, dan turut merangkumi pembelajaran sepanjang hayat.
1. Mewujudkan pusat kajian pembangunan Bumiputera dengan melibatkan jaringan IPT melalui pemerkasaan pusat kecemerlangan sedia ada
2. Meningkatkan kualiti sistem Pendidikan Islam termasuk dengan menguatkuasakan undang-undang pendaftaran sekolah agama
3. Memperkasakan bakat dengan mewujudkan biasiswa dan program latihan khas berdasarkan laluan pembangunan kerjaya yang berstruktur
4. Menambah baik dan memperkasakan peranan UiTM dan Institusi Pendidikan MARA (IPMA) dalam pendidikan Bumiputera
5. Meningkatkan penyertaan dan penguasaan Bumiputera dalam sektor pekerjaan bernilai tinggi dan profesional yang belum dikuasai Bumiputera
6. Memperkenalkan semula Program Brain Gain bagi menggalakkan tenaga pakar dan bakat Bumiputera kembali menyumbang kepada pembangunan negara
7. Merangka dasar yang mengutamakan kepakaran Bumiputera dalam industri strategik
8. Memperluaskan program TVET Huffaz bagi meningkatkan kemahiran dan kebolehpasaran Huffaz
9. Mengkaji pelaksanaan program khusus penguasaan bahasa ketiga bagi pelajar Bumiputera untuk lebih berdaya saing di peringkat global
10. Meningkatkan penyertaan Bumiputera dalam pekerjaan mahir dan profesional serta aliran TVET termasuk melalui penetapan sasaran gaji yang setimpal bagi graduan TVET dan pewujudan Akta TVET serta menambah baik ekosistem TVET selaras dengan aktiviti HGHV
11. Memperkasa program peningkatan kemahiran dan latihan kemahiran semula (upskilling dan reskilling) bagi memenuhi keperluan industri HGHV
12. Mengukuhkan kerjasama antara institusi pendidikan dan industri bagi meningkatkan keberkesanan pelaksanaan TVET
13. Memperkasakan kurikulum dan pengajaran dan pembelajaran (PdP) terutama subjek Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM)
14. Memantapkan sistem pendidikan prasekolah, TVET dan pengajian tinggi
15. Membangunkan mekanisme pengesanan pelajar Bumiputera termasuk melalui tracking system berintegrasi antara KPM dan KPT
16. Memperluas konsep Pusat GENIUS@Pintar Negara bagi pelajar Bumiputera cemerlang
PEMACU 4 | Penciptaan Kekayaan
Penciptaan kekayaan melibatkan penghasilan nilai ekonomi melalui penjanaan kekayaan dengan memanfaatkan aset Bumiputera termasuk tanah wakaf dan Tanah Rizab Melayu.
Kekayaan boleh dinilai dalam bentuk aset bukan kewangan, termasuk pemilikan kediaman dan hartanah komersial.
1. Mewujudkan Wakaf MARA MADANI dengan prinsip syariah bagi tujuan pendidikan, kebajikan dan keusahawanan
2. Mengekalkan pemilikan tanah Bumiputera di lokasi strategik
3. Menubuhkan satu pangkalan data bersepadu bagi pemilikan aset Bumiputera seperti hartanah dan aset bukan kewangan
4. Mengkaji cadangan penggubalan akta baharu tanah wakaf untuk penyeragaman memajukan tanah wakaf
6. Mengenal pasti tanah-tanah yang tersedia dan sesuai untuk tujuan pertanian bagi meningkatkan penyertaan Bumiputera dalam sektor keterjaminan makanan
7. Meningkatkan pembinaan perumahan di atas Tanah Rizab Melayu
8. Mengislahkan institusi ekonomi kepentingan Bumiputera
9. Menambah baik terma pembiayaan untuk pembelian hartanah oleh Bumiputera
10. Menyelaras dasar dan pelaksanaan kuota pemilikan rumah
11. Menggubal pelan induk bersepadu Tanah Rizab Melayu, tanah wakaf dan instrumen wakaf melalui kerjasama Kerajaan Persekutuan dan Negeri
PEMACU 5 | Peningkatan Pemilikan Ekuiti
Peningkatan pemilikan ekuiti memberi tumpuan kepada usaha memperluas pegangan ekuiti dengan penguasaan yang efektif, terutama melibatkan pegangan saham atau ekuiti Bumiputera.
1. Memperkukuhkan institusi pembiayaan ekuiti, pasaran modal dan dana amanah Islamik
2. Memperkenalkan dana pemangkin (Catalyst Fund) bagi meningkatkan prestasi korporat di Malaysia, terutamanya syarikat Bumiputera
3. Mencadangkan mandatory disclosure mengenai pecahan etnik dalam aspek diversity, equity, and inclusion dalam syarikat tersenarai awam
4. Menambah baik pelaksanaan Akta Syarikat 2016 dan Akta SPRM 2009 berkaitan pemunya benefisial (beneficial ownership) termasuk aspek penguatkuasaan
5. Meningkatkan penyenaraian lebih banyak syarikat Bumiputera
6. Memantau pelupusan pemilikan oleh syarikat Bumiputera
7. Meningkatkan akses kepada pembiayaan alternatif
8. Meningkatkan program kesedaran pemilikan dan penjanaan kekayaan kepada orang awam dan pemegang taruh
9. Menambah baik terma pembiayaan untuk pembelian hartanah oleh Bumiputera
10. Menyelaras dasar dan pelaksanaan kuota pemilikan rumah
11. Menggubal pelan induk bersepadu Tanah Rizab Melayu, tanah wakaf dan instrumen wakaf melalui kerjasama Kerajaan Persekutuan dan Negeri
TERAS 2:
Memperteguh Kerukunan Tatakelola Dan Institusi
Ikhtiar
0
PEMACU 6 | Penyampaian Perkhidmatan dan Tatakelola
Penyampaian perkhidmatan merangkumi usaha meningkatkan kecekapan, keberkesanan dan kualiti dalam penyampaian perkhidmatan. Ini termasuk meningkatkan akses kepada perkhidmatan kesihatan, pendidikan, infrastruktur dan kemudahan asas lain.
Tatakelola pula merujuk kepada aspek kebertanggungjawaban, integriti dan ketelusan dalam tadbir urus yang menjadi tonggak kepada penyampaian perkhidmatan yang cekap dan berkesan.
1. Mewujudkan Suruhanjaya Ekonomi Gig
2. Menerapkan nilai integriti dan menambah baik etika kerja dalam kalangan agensi Bumiputera
3. Mewujudkan pangkalan data Bumiputera bersepadu di DOSM
4. Menetapkan KPI Kementerian berkaitan agenda pemerkasaan Bumiputera
5. Menjajarkan semula hala tuju dan peranan tiga agensi mandat Bumiputera di bawah Kementerian Ekonomi
6. Merangka pelan komprehensif agensi mandat Bumiputera
7. Mengukuhkan fungsi penyelaras utama dasar dan program Bumiputera
8. Memantapkan Unit Pemerkasaan Agenda Bumiputera (UPAB) pada peringkat Kementerian/negeri/agensi bagi meningkatkan penyertaan, pemilikan dan penguasaan Bumiputera dalam ekonomi
PEMACU 7 | Penyertaan Syarikat Swasta, GLC dan GLIC
Penyertaan syarikat swasta, GLC dan GLIC menumpukan usaha dalam menyokong agenda pembangunan Bumiputera. Peranan ini didokong melalui penyertaan Bumiputera dalam syarikat swasta, GLC dan GLIC; penglibatan Bumiputera dalam industri strategik dan berimpak tinggi; serta melibatkan penyertaan Bumiputera dalam program di bawah kawal selia syarikat swasta, GLC dan GLIC.
1. Menyemarakkan semula penghayatan agenda Bumiputera terutama dalam kalangan pemimpin institusi termasuk GLC dan GLIC
2. Memperluas penyediaan dana syarikat pemula untuk menceburi bidang HGHV melalui peruntukan daripada GLC dan GLIC
3. Meningkatkan penyertaan perusahaan Bumiputera dalam pertanian moden dan pertanian organik berteknologi tinggi dengan penglibatan GLC dan GLIC serta sektor swasta
4. Merancakkan pertumbuhan ekonomi Bumiputera melalui pelaburan dalam sektor strategik dan ekonomi baharu dengan kerjasama GLC dan GLIC
5. Memperluas model perniagaan GLC dan GLIC untuk menggalakkan penglibatan PMKS Bumiputera dalam rantaian bekalan
6. Mengkaji semula peranan dan mandat pembangunan GLC dan GLIC bagi menyokong pelaksanaan agenda Bumiputera
7. Mengkaji penetapan syarat kepada syarikat swasta supaya menyumbang dan memajukan komuniti Bumiputera dan kawasan luar bandar
PEMACU 8 | Penghayatan Falsafah Bumiputera
Penghayatan falsafah Bumiputera menumpukan usaha untuk memperkukuh kesedaran, pemahaman dan penghayatan terhadap prinsip pemerkasaan agenda Bumiputera dalam kalangan agensi yang bertanggungjawab dalam pelaksanaan ikhtiar.
Falsafah ini turut merangkumi prinsip kebersamaan dan keadilan sosial, termasuk sejarah, warisan, budaya dan tradisi masyarakat Bumiputera.
1. Meningkatkan program kesedaran bagi menerapkan semangat patriotisme dan menerapkan jati diri Bumiputera secara berterusan
2. Mensyaratkan Kementerian, agensi dan GLC untuk membeli cenderahati keluaran pengusaha seni tempatan termasuk dari Sabah dan Sarawak
3. Meningkatkan tahap celik kewangan dan pelaburan dalam kalangan PMKS, pelajar dan graduan IPT
4. Melindungi pengetahuan tradisi komuniti melalui pendaftaran harta intelek dan meningkatkan pengkomersialan produk berasaskan komuniti
5. Melaksanakan kajian impak berhubung Kerajaan terhadap pembangunan Bumiputera secara berkala
TERAS 3:
Menegakkan Keadilan Sosial
Ikhtiar
0
PEMACU 9 | Pembasmian Kemiskinan Tegar
Pembasmian kemiskinan tegar adalah iltizam untuk menoktahkan kemiskinan tegar dalam kalangan Bumiputera dengan tumpuan kepada aktiviti ekonomi, akses kepada pendidikan dan penjagaan kesihatan serta peluang pekerjaan.
1. Memperluaskan program celik teknologi khususnya dalam kalangan pelajar miskin
2. Mempertingkat dan mempelbagaikan sumber pendapatan isi rumah miskin
3. Meningkatkan akses kepada keperluan asas seperti perumahan, pendidikan dan kesihatan kepada Bumiputera
4. Merangka pelan pembangunan luar bandar yang lebih komprehensif
PEMACU 10 | Pengukuhan Sistem Perlindungan Sosial
Pengukuhan sistem perlindungan sosial merujuk kepada penambahbaikan sistem sokongan sosial untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat.
1. Menggalakkan pelaksanaan Wakaf Kesihatan dan Wakaf Pendidikan sebagai penyumbang perkhidmatan kesihatan dan pendidikan yang berterusan kepada Bumiputera
2. Meningkatkan simpanan dan pelaburan Bumiputera melalui aktiviti terancang
3. Menyediakan lebih banyak rumah mampu milik termasuk melalui pembangunan di atas tanah terbiar yang berpotensi
4. Meningkatkan sistem sokongan sosial supaya lebih fleksibel kepada institusi keluarga terutama wanita, OKU dan warga emas
5. Meningkatkan literasi kewangan dalam kalangan masyarakat termasuk oleh AKPK
6. Menambah baik perlindungan sosial termasuk bantuan sosial, insurans pekerjaan dan faedah kesihatan
PEMACU 11 | Pembangunan Sosioekonomi Orang Asli
Pembangunan sosioekonomi Orang Asli adalah untuk memperkasa komuniti Orang Asli agar tidak ketinggalan dalam arus pembangunan negara.
1. Mengkaji cadangan mewartakan lebih banyak kawasan rizab Orang Asli
2. Menggubal dasar pembangunan sosioekonomi Orang Asli termasuk berkaitan kesihatan, pemilikan aset, modal insan, dan pemerkasaan JAKOA
3. Mengkaji penggunaan rizab hutan berdasarkan agro-forestry yang diuruskan bersama Orang Asli
4. Meneliti cadangan pemilikan rumah masyarakat Orang Asli melalui skim pinjaman perumahan Orang Asli
5. Meminda Perlembagaan Persekutuan dengan meletakkan pembangunan Orang Asli di bawah Senarai 3 – tanggungjawab bersama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri
6. Meminda Perlembagaan Persekutuan berkaitan Orang Asli di bawah Jadual Satu ke dalam Jadual Tiga dan pindaan Akta Orang Asli 1954 [ Akta 134 ]
7. Memperkasa Orang Asli melalui kerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan dan perusahaan sosial
8. Mensyaratkan syarikat korporat untuk menyumbang dan memajukan kawasan luar bandar terutama penempatan Orang Asli
9. Mempelbagai aktiviti ekonomi Orang Asli terutama suku kaum yang kurang maju
10. Membangunkan kapasiti dan penglibatan Orang Asli dalam bidang keusahawanan termasuk pemasaran digital
11. Mengenal pasti dan mengkomersialkan produk Orang Asli sebagai produk eksklusif di Malaysia
12. Meningkatkan jumlah asrama pusat untuk anak Orang Asli seperti Pusat Intelek Pelajar Orang Asli (PIPOA), Rompin
13. Memperkasa masyarakat Orang Asli melalui TVET
14. Memantapkan pembangunan minda dan sikap Orang Asli supaya lebih progresif
15. Mendokumentasi dan mempromosi adat dan budaya Orang Asli
16. Mewujudkan mekanisme pemantauan pendidikan dan laluan kerjaya Orang Asli termasuk penyediaan biasiswa dan bantuan pendidikan
17. Meningkatkan infrastruktur sedia ada termasuk jalan, bekalan air, elektrik dan telekomunikasi
18. Memperkasa modal insan komuniti Orang Asli dalam pentadbiran kampung termasuk pemimpin masyarakat, belia dan wanita
19. Meningkatkan penglibatan Orang Asli dalam aktiviti ekonomi bernilai tinggi
PEMACU 12 | Pengukuhan Pembangunan Sabah dan Sarawak ke arah Keseimbangan Wilayah
Pengukuhan Pembangunan Sabah dan Sarawak bertujuan mengoptimumkan potensi ekonomi bagi mencapai keseimbangan wilayah selaras dengan aspirasi pembangunan negara
1. Meningkatkan penyertaan dalam industri HGHV dan sektor tumpuan di peringkat negeri
2. Meningkatkan penyertaan dalam industri halal dan gerakan koperasi
3. Mengaplikasikan kaedah berasaskan Behavioural Insights (BI) dalam penggubalan dasar negeri
4. Memperluaskan pendidikan literasi kewangan
5. Meningkatkan penyertaan Bumiputera Sabah dan Sarawak dalam bidang keusahawanan
6. Meningkatkan skala PMKS Bumiputera
7. Mewujudkan tenaga kerja yang kompeten dan berdaya saing
8. Meningkatkan sumbangan Bumiputera kepada KDNK negeri dan Malaysia secara keseluruhan
9. Meningkatkan dan menambah baik koordinasi antara agensi pada peringkat Persekutuan dan negeri dalam pelaksanaan agenda Bumiputera
10. Menambah baik akses dan kualiti capaian internet di seluruh negeri
11. Memanfaatkan sepenuhnya Pusat Sebaran Maklumat Nasional (Nadi) sebagai hab digital di kawasan pedalaman bagi kemudahan komuniti setempat
12. Mengkaji penetapan syarat kepada syarikat supaya menyumbang dan memajukan komuniti dan kawasan luar bandar di Sabah Sarawak