Membantu warga emas miskin tegar (yang
memenuhi kriteria kelayakan) untuk
meneruskan kelangsungan dan mencapai
kesejahteraan hidup.
Syarat-syarat Permohonan
Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia;
Warga emas berumur 60 tahun dan ke atas (Pengiraan umur berasaskan tahun kelahiran);
Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Isi Rumah Miskin Tegar atau PGK Purata Per Kapita Miskin Tegar Semasa; atau
Warga emas yang tiada anak (sebatang kara) layak dipertimbangkan bantuan sekiranya tinggal bersama / menumpang ahli keluarga lain / penjaga yang mempunyai pendapatan melebihi PGK Purata Isi Rumah Miskin Tegar Semasa / PGK Purata Per Kapita Miskin Tegar Semasa; dan
Warga emas yang bukan tinggal di institusi kendalian JKM atau Pusat jagaan harian / berkediaman (yang menerima Geran Rangsum) dan memberi kemudahan / perkhidmatan secara percuma; atau
Kes-kes yang melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Isi Rumah Miskin Tegar Semasa atau PGK Purata Per Kapita Miskin Tegar Semasa atau lain-lain perkara munasabah dan berkeperluan, boleh dipertimbang dan diluluskan oleh Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri / Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur / Labuan