Memberikan pengecualian fi bagi golongan OKU yang ingin mendaftarkan perniagaan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956.
Skim ini diberikan untuk tempoh setahun bagi pendaftaran perniagaan baharu dan pembaharuan perakuan pendaftaran.
Pengecualian fi RM30 diberikan untuk pendaftaran perniagaan milikan tunggal yang menggunakan nama sendiri seperti dalam kad pengenalan.
Pengecualian fi RM60 diberikan untuk pendaftaran perniagaan milikan tunggal atau perkongsian yang menggunakan nama perniagaan.
Syarat-syarat Permohonan
Warganegara berumur 18 tahun dan ke atas mengikut syarat pendaftaran perniagaan
OKU yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia
Belum mendaftarkan perniagaan dan pembaharuan menggunakan skim ini di SSM
Terhad satu OKU, satu pendaftaran sahaja
Pemohon boleh memilih untuk mendaftar perkongsian (rakan kongsi hendaklah terdiri dari OKU sahaja)
Perlu berdaftar sebagai pengguna Ezbiz Online terlebih dahulu